Wednesday 9 September 2015

Soalan Kuiz Tentang Ekonomi Selepas Perang Dunia Kedua

Soalan Kuiz Tentang Ekonomi Selepas Perang Dunia Kedua

Bagi memahami tajuk sejarah ekonomi selepas Perang Dunia Kedua secara lebih 
mendalam, sila menjawab soalan-soalan tersebut. Jika anda sudah menjawab 
semua soalan yang diberikan, sila merujuk kepada bahagian bawah post ini untuk
mendapat jawapan cadangan.

1) Pada pendapat anda, mengapakah kuasa besar cenderung untuk terlibat dalam 
peperangan.

2) Apakah kesan ekonomi terhadap negara-negara yang terlibat?

3) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlaku Perang Dunia Kedua.

4) Terangkan peristiwa Perang Dunia Kedua.

5) Peranan dan sumbangan Malaysia dalam Petubuhan Antarabangsa Dasar Luar 
Malaysia. Terangkan maksud hubungan berikut.

6) Menurut pengetahuan sejarah anda apakah akibat peperangan kepada sesebuah 
negara?

7) Jelaskan bagaimana faktor sejarah menentukan dasar luar Malaysia.

8) Pada pendapat anda, apakah kebaikannya berbaik-baik dengan negara lain di dunia?

9) Mengapakah Malaysia menukar dasar luarnya kepada dasar berkecuali?

Tahniah jika anda dapat menjawab semua soalan dengan tepat. Banyaklah membaca 
tentang topik ini kerana bukan sahaja dapat menambah ilmu sejarah kita malahan dapat 
merangsang semangat cinta kepada negara kita akibat ketidakrelaaan hati untuk dijajah 
oleh kuasa asing.

Jawapan Cadangan:
1) -persaingan meluaskan kuasa
    -kepentingan ekonomi
    -meluaskan pasaran
    -mendapatkan bahan mentah
    -meluaskan pengaruh

2) -mengalami inflasi
    -pengangguran kerja berleluasa
    -menanggung hutang perang yang tinggi
    -pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun 
    -Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya

3) -rasa tidak puas hati Jerman terhadap Perjanjian Versailles
    -Jerman negara itu kehilangan tanah jajahannya
    -Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi
    -Jerman diarahkan untuk mengurangkan saiz angkatan tenteranya
    -Adolf Hilter berjaya menguasai Jerman melalui partinya National Socialist
    -Hilter telah mengingkari perjanjian tersebut
    -Hilter membina sebuah angkatan tentera yang besar dan berjaya memulihkan ekonomi
     memberi peluang kepada penduduk Jerman
    -Hilter telah memulihkan maruah bangsa Jerman
    -Pada tahun 1940, Itali telah menceroboh Perancis
    -Jepun ingin menguasai negara-negara di Timur.
    -Jepun ingin membebaskan negara-negara ini daripada penjajahan Barat
    -Dasar pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara industri
    -menguatkan ketenteraan Jepun untuk meluaskan pengaruh di Asiaa
    -Jepun menceroboh Manchuria dan China, Amerika Syarikat dan Britain mulai bimbang 
    -Amerika Syarikat dan Britain menandatangani Perjanjian Washington untuk menyekat         
     kekuatan tentera dan sekatan bahan mentah ke Jepun
    -pada tahun 1929, kemelesetan ekonomi melanda Amerika Syarikat
    -Amerika Syarikat tidak mampu lagi menyediakan pinjaman untuk Jerman
    -Jerman idak berupaya membayar hutang peperangan
    -Jerman mengukuhkan ketenteraan dengan menjalankan perluasan kuasa bagi 
      mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi.

4)-Jerman menyerang Poland dari barat
   -Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman
   -Jerman menguasai Perancis dan juga melancarkan serangan ke atas British tetapi gagal
   -Pada 7 Disember 1941, Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour 
   -berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik
   -Pada Sepember 1942, Jepun menduduki Tanah Melayu termasuk Singapura setelah 
     berjaya mengalahkan Britain.
   -Pada bulan Mei 1945, Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah 
     apabila pihak Jerman dikalahkan.
   -Amerika Syarikat beralih ke Asia
   -Memenangi beberapa peperangannya dengan Jepun 
   -Jepun bersemangat meneruskan perjuangan merekaa
   -Pada 6 Ogos 1945, bom atom yang pertama digugurkan di Hiroshima
   -Dua hari kemudian, bom kedua dijatuhkan di Nagasaki.
   -dalam masa yang singkat bandar tersebut musnah.

5) Hubungan bilateral ialah hubungan secara terus dengan negara-negara tersebut 
     manakala hubungan multilateral ialah hubungan dalam bentuk dan pertubuhan.

6)-pengorbanan nyawa yang tinggi
   -kecederaan rakyat yang banyak
   -kos rawatan yang tinggi

7) -wujud hubungan luar sejak Kesultanan Melayu Melaka
    -Hubungan dengan China, Arab, Siam dan kepulauan Melayu
    -hubungan luar berbentuk perdagangan 
    -terjalin hubungan serumpun dengan Kepulauan Melayu
    -selepas merdeka menyertai pertubuhan Komanwel
    -meneruskan hubungan diplomaik dengan Britain dan negara Komanwel lain
    -sejarah ancaman komunis terhadap keselamatan Malaysia
    -mendorong Malaysia bersikap probarat dan antikomunis
    -bergantung kepada barat untuk mendapat bantuan pertahanan

8) -saling membantu dalam pelbagai bidang
    -dapat berkongsi ilmu
    -meluaskann pasaran 
    -mengadakan pertukaran kepakaran

9) -ingin mengekalkan keamanan
    -meluaskan hubungan diplomatik
    -mangamalkan konsep ZOPFAN
    -menghormati hak asasi manusia
    -meluaskan pasaran
    -meningkatkan kerjasama ekonomi

Tuesday 8 September 2015

Rujukan Topik Tentang Ekonomi Selepas Perang Dunia Kedua

Untuk pembacaan yang lebih teliti tentang ekonomi selepas Perang Dunia Kedua, sila melayari laman web yang berikut.

Bagi mendapat maklumat tentang definisi ekonomi berdasarkan para ahli, sila masuk ke dalam http://www.gurupendidikan.com/definisi-ekonomi-menurut-para-ahli/.

Seterusnya, kesan perang dunia Kedua dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada pembaca melalui http://mak-andak.blogspot.my/2012/05/kesan-perang-dunia-kedua-terhadap.html.

Rancangan Pembangunan Malaysia juga telah banyak dibincangkan dalam
http://saiminginsariipkent.blogspot.my/2009/02/selepas-merdeka-kerajaan-memberi.html.

Selain itu, pelbagai jenis sistem ekonomi telah diperkenalkan dalam
http://krisbandi.blogspot.my/2014/09/jenis-jenis-sistem-ekonomi.html#.Ve1SPBGqqko
dan http://www.epu.gov.my/helpdeskpp_a;jsessionid=83801B1E9EFEC2BE8B701C8DD62
8093 Perancangan Pembangunan.


Sebagai contohnya, rancangan pembangunan lima tahun tahap pertama dan kedua patut dilayari supaya mendapat informasi yang selanjutnya terutamanya http://cgzakariasej.blogspot.my/2014/05/rancangan-pembangunan-lima-tahun-tahap.html.

Monday 7 September 2015

Rancangan Malaysia Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaysia Pertama (1971 - 1975)

Rancangan Malaysia Pertama (1956-1960)

Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi selama lima tahun (1966–1970). Rancangan ini telah membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Mengikut hasil penulisan Saimin Ginsari (2009), tumpuan telah banyak meberi kepada sektor pertanian dan pembangunan luar Bandar. Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk memperkaiki sosio ekonomi penduduk luar bandar. Sejumlah RM450 juta diperuntukkan dengan 25% daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan pertanian.

Logo FELDA
Program Transformasi Kerajaan untuk Memajukan Negara Kita
Agensi seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk luar bandar, telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di Pahang,  Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara.  Projek-projek ini berjaya meningkatkan taraf hidup para petani serta menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.

Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayan di Sabah.

Namun begitu, RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah. Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk meningkatkan pendapatan keluarga luar bandar. Di Semenanjung Malaysia, 90% isi rumah hanya mendapat kurang dari RM100 sebulan dan mereka kebanyakannya berada di luar bandar dan berbangsa Melayu.

Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum dan tercetus peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana perasaan tidak puas hati orang Melayu kerana masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975)

Hasrat Kerajaan untuk Membangunkan Negara Kita Melalui Rancangan Pembangunan Negara dan Pencapaian Diutamakan.
Oleh sebab menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, pihak kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam Rancangan Pembangunan Negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar yang telah dilancarkan oleh kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) bertujuan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, wilayah dan kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia.

Beberapa kejayaan telah dicapai di bawah rancangan penyusunan semula masyarakat. Satu daripadanya ialah pendapatan purata kaum Bumiputera telah meningkat daripada RM172 sebulan dalam tahun 1970 kepada RM614 sebulan dalam tahun 1987. Pendapatan ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan kaum-kaum lain.

Kadar kemiskinan juga telah menurun bagi semua kaum dalam tahun 1987 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Di Semenanjung Malaysia, misalnya kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.3 peratus dalam tahun 1970 kepada 17.3 peratus dalam tahun 1987. Dari aspek pembangunan bandar dan penyusunan semula, jumlah penduduk Bumiputera di bandar-bandar telah meningkat. Misalnya, komposisi penduduk Bumiputera di bandar di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 41.3 peratus dalam tahun 1985 kepada 44 peratus dalam tahun 1988. RMK-2 juga dilaksanakan bagi memperbaikkan RMK 1 yang sebelumnya.

Tuesday 1 September 2015

Perancangan Pembangunan : Rancangan Malaysia Lima Tahun, Rangka Ekonomi Makro, dan Peruntukan Kerajaan Persekutuan

Perancangan Pembangunan : Rancangan Malaysia Lima Tahun

Rancangan Malaysia Lima Tahun berhasil daripada  Pelan Jangka Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan kerajaan, menetapkan sasaran perkembangan makro-ekonomi dan saiz serta peruntukan yang disediakan untuk program pembangunan sektor awam bagi tempoh lima tahun sesuatu rancangan di negara kita. Pelaksanaan ini juga berperanan penting bagi memjukan sektor swasta.

Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Rangka Ekonomi Makro

Rangka Ekonomi Makro mengandungi struktur ekonomi pada tiap-tiap tahun dan purata pertumbuhan bagi tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun sebelumnya serta Rancangan Malaysia Lima Tahun semasa. Selain itu, unjuran kadar pertumbuhan, kapasiti Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), unjuran Keluaran Negara Kasar (KNK) dan unjuran hasil Kerajaan Persekutuan dan sektor awam  juga dirangkumi dalam rancangan ekonomi lima tahun tersebut.

Peruntukan Kerajaan Persekutuan

Peruntukan Kerajaan Persekutuan adalah persediaan tentang perbelanjaan untuk sesuatu program, projek dan aktiviti yang dilaksanakan demi mencapai matlamat dasar dan strategi Kerajaan Persekutuan dengan sempurna dan berjaya. Peruntukan Kerajaan terbahagi kepada peruntukan pembangunan dan peruntukan mengurus. Peruntukan Pembangunan ialah bajet yang diluluskan bagi melaksanakan projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun. Peruntukan pembangunan adalah perbelanjaan modal dan perbelanjaan tidak terulang dan bukan perbelanjaan penggunaan sebaliknya lebih bersifat pelaburan.  Oleh itu, ia hanya melibatkan modal atau peruntukan yang besar, memberikan faedah jangka masa panjang serta memerlukan penyeliaan dan penyelenggaraan seperti membina jalan raya, sekolah, pejabat, hospital, klinik dan balai polis kepada rakyat Malaysia. Peruntukan mengurus pula dikaithubung dengan perbelanjaan bagi aktiviti yang berulangan dan berterusan dan terdiri daripada dua komponen iaitu perbelanjaan tanggungan merupakan perbelanjaan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan melalui Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tertentu yang dimeteraikan dalam Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan.

Kawasan Kerajaan Persekutuan yang Maju
Selain itu, perbelanjaan bekalan diklasifikasikan sebagai perbelanjaan bagi mengurus aktiviti pihak kerajaan yang berterusan dan perlu dibentang untuk kelulusan Parlimen sebagai satu Akta Bekalan bagi setiap tahun belanjawan. Contoh: Emolumen kakitangan Kerajaan, sewaan pejabat serta pembelian aset dan bahan api. Pendekatan perancangan pembangunan bersepadu berasaskan pulangan (outcome) merupakan kaedah perancangan sistematik yang memberi tumpuan kepada pencapaian outcome bagi memenuhi keperluan kumpulan sasaran tertentu. Pendekatan ini mengintegrasi perancangan pembangunan secara sistematik dengan keperluan sumber (bajet dan personel) dan disokong oleh pemantauan dan penilaian melalui sistem pengurusan maklumat. Kaedah ini akan memastikan keseluruhan rancangan pembangunan dan peruntukan yang disediakan mempunyai pertalian langsung dengan pencapaian. Perancangan pembangunan bersepadu lebih bermatlamat untuk  mengintegrasi perancangan pembangunan dengan penyediaan bajet bersepadu dan disokong oleh pemantauan dan penilaian yang berterusan serta menjadi kaedah perancangan sistematik yang memberi tumpuan kepada pencapaian outcome bagi memenuhi keperluan kumpulan sasaran tertentu.

Graph Jangkaan Ekonomi Negara Pada Tahun 2020
Walau bagaimanapun,tempoh rancangan pembangunan selama lima tahun ini telah membawa beberapa masalah kepada perancangan dan pelaksanaan projek. Antaranya ialah kemungkinan berlaku ketidakmampuan pembiayaan berbanding dengan keupayaan kewangan , ketiadaan ruang untuk menyusun semula siling peruntukan untuk mengambil kira keutamaan baru atau program yang telah dipraktikkan tidak begitu relevan. Bagi menangani masalah tersebut, peruntukan untuk program dan projek sektor awam di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dibuat pada setiap 2 tahun dan siling peruntukan akan dikaji semula setiap tahun.

Rancangan Pemulihan Ekonomi Selepas Perang

Rancangan Pemulihan Ekonomi Selepas Perang

Rancangan pemulihan ekonomi selepas perang merupakan tempoh pelaksanaan program pembangunan Kerajaan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Pelaksanaan pemulihan ekonomi ini bermula secara rasminya dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 hingga 1960 dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. 

Peta Negara Malaysia

Apabila penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini mulai dilaksanakan dengan Rancangan Malaysia Pertama pada tahun 1966 hingga tahun 1970. Antara perbezaan ialah perancangan ini adalah untuk membangunkan negeri-negeri Sabah dan Sarawak selain daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia yang bergiat berkembang sebelumnya. Eksport Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dijangka berkembang pada kadar 8.5 peratus setahun.
Migrasi Beramai-ramai Buruh Cina dari Negara China
Menurut P. Sivarajan PhD dalam buku "Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga 1970", selapas Perang Dunia Kedua, sektor perlombongan, pertanian, perladangan, perusahaan dan perindustrian telah berkembang pesat. Oleh itu, hasil pengeluaran pun telah ditingkatkan. Punca perkembangan sektor-sektor tersebut ialah pertambahan penduduk selepas perang ini dan peningkatan taraf hidup penduduk tempatan. Jadi, polisi kerajaan yang menggalakkan penyertaan penduduk tempatan untuk bekerja dalam sektor yang memerlukan banyak tenagaa buruh telah dilaksanakan. Buruh-buruh dari negara Cina dan India telah diimport untuk bekeja dalam sektor yang ditentukan oleh para pelabur.


Perladangan Getah
Selain itu, sektor pertanian dan perladangan masih menjadi perindustrian yang terpenting di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Industri pemprosesan bahan mentah pertanian telah diberi perhatian utama memandangkan peningkatan yang tinggi dalam pengeksportan dan membawa pendapatan yang tinggi untuk pihak kerajaan. Sumbangan yang agak besar oleh perladangan getah dalam menjayakan rancangan pemulihan ekonomi.

Pengeluaran Kelapa

Penanaman kelapa telah diusahakan dalam bentuk perladangan menyebabkan pengeluaran kelapa telah meningkat selari dengan perkembangan perladangan getah. Industri pemprosesan kelapa telah menjadi industri yang terpenting  selepas industri pemprosesan getah.

Bidang Automobil
Perindustrian berasaskan kejuruteraan juga telah berkembang pesat selepas Perang Dunia Kedua. Kebanyakan industri tersebut telah ditubuhkan di Singapura, Perak, dan Kuala Lumpur. Industri berasaskan kejuruteraan telah memberi tumpuan kepada pengeluaran bahan besi, pembinaan bot dan kapal kecil dan juga pengeluaran barangan logam.

Selain itu, perindustrian automobil telah banyak memesatkan perindustrian berasakan kejuruteraan dengan membekalkan barangan komponen untuk keggunaan automobil terletak di Singapura.

Maksud Ekonomi dan Jenis-jenis Ekonomi

 Definisi  Ekonomi 

Menurut penjelasan yang telah diberikan oleh Parta Setiawan(2015), Abraham Maslow mentafsirkan maksud ekonomi sebagai salah satu bidang pengkajian yang mencuba menyelesaikan masalah keperluan asas kehidupan manusia melalui penggemblengan segala sumber ekonomi yang ada dengan berasaskan prinsip serta teori tertentu dalam suatu sistem ekonomi yang dianggap efektif serta efisien. 

Contoh Bentuk Graph untuk Menggambarkan Pertumbuhan Ekonomi
Jenis-jenis Ekonomi 

Bidang ekonomi dapat diklasifikasikan kepada tiga kompenen utama. Pertamanya, sistem ekonomi kapitalis yang diatur oleh kekuatan pasar berdasarkan permintaan dan penawaran. Hujahan seperti perekonomian akan berjalan dengan baik apabila pengaturannya diserahkan kepada mekanisme pasar atau mekanisme harga” juga diperkatakaan oleh Adam Smith (1759).Teori ini kemudian dikenal dengan sebutan The Invisible HandsSistem ekonomi pasar banyak dianut oleh negara-negara di Eropah Barat dan Amerika Serikat. Harga tergantung pada permintaan dan penawaran pasar, adanya persaingan bebas, bersifat terbuka dalam mencari keuntungan, modal berperan penting, hak milik perseorangan diakui campur tangan pemerintah yang sangat minim dalam perekonomian. 

Seterusnya, sistem ekonomi sosialis banyak dianuti oleh negara-negara di Eropah Timur, China, Korea Utara, dan beberapa Negara Amerika Latin. Sumber daya dan alat produksi dikuasai oleh negara untuk menepati kehendak masyarakat, perencanaan disusun oleh pemerintah pusat, inisiatif dan hak milik perseorangan dibatasi. Mengikut pandangan  Bandi Krisbandi (2014)sistem ini telah membolehkan sesebuah negara tersebut menguasai sumber daya dan alat produksi yang dilakukan.

Di samping itu, sistem ekonomi campuran ialah perpaduan antara kedua-dua sistem yang dinyatakan sebelum ini sebagai alternatif untuk mengurangi kelemahan yang timbul dari kedua sistem ekonomi tersebut. Sistem ini mewujudkan campur tangan pemerintah dalam bidang ekonomi, pihak swasta, barang modal dan sumber daya yang penting. 

Cubalah imbas kembali berapakah jenis ekonomi yang wujud sampai hari ini. Apakah ciri-ciri jenis ekonomi tersebut?

Kesan Ekonomi Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu

Kesan Ekonomi Zaman Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu



Pada 8 Disember 1941, Jepun mula menyerang Tanah Melayu dan hanya mengambil tempoh kira-kira 70 hari, Jepun berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu. Apabila Ketua Turus Tentera Berikat iaitu Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah kepada Panglima Tentera Jepun, Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura pada 15 Februari 1942, Tanah Melayu terpaksa ditadbir oleh pihak tentera Jepun. Walaupun pendudukan Jepun hanya selama 3 tahun 8 bulan yakni sehingga 15 Ogos 1945 tetapi telah meninggalkan kesan dalam aspek politik, sosial mahupun ekonomi terutamanya ke atas penguasaan Jepun hasil pengeluaran di Tanah Melayu.



Video di atas menunjukkan keadaan semasa Perang Dunia Kedua. Adakah perperangan ini telah membawa kesengsaraan kepada rakyat negara masing-masing? Bolehkah kita mengelakkan berlakunya peperangan yang selalunya mengorbankan nyawa orang ramai? 

Kemerosotan semasa pendudukan Jepun telah dialami dalam bidang ekonomi dan taraf hidup masyarakat pada masa itu. Sepanjang pendudukan Jepun, keadaan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu tidak berkembang. Menurut catatan Andak (2012), Jumlah eksport bijih timah dan getah iaitu ekonomi Tanah Melayu yang paling popular juga menurun secara drastik kerana hasil pengeluaran menjadi kurang akibat peperangan serta berlakunya dasar “Bumi Hangus” yang diamalkan oleh pihak British dengan merosakkan pokok-pokok getah, kilang-kilang, kawasan perlombongan dan jentera perlombongan sebelum berundur dari Tanah Melayu bagi memusnahkan segalaya yang bernilai terjatuh ke tangan Jepun. Lagipun, Jepun juga tidak dapat menjalankan urusan  perdagangan sama ada dalam atau luar kawasan Tanah Melayu akibat terhalang oleh Tentera Bersekutu.

Pasukan Tentera dari Pihak British yang Mengarakkan ke Kawasan Peperangan semasa Perang Dunia Kedua

Pengeboman yang Berlaku Semasa Perang Dunia Kedua
Di samping itu, sumber-sumber yang diperlukan di negara Jepun seperti besi dan bauksit telah dieksploitasikan oleh pihak Jepun. Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu mengalami kekurangan barang keperluan khasnya tekstil dan makanan. Sehubungan dengan itu, Tanah Melayu telah menghadapi masalah kekurangan beras. Jualan beras tempatan pada mulanya dikendalikan oleh Persatuan Pengedar Beras dan kemudian oleh Pejabat Kawalan Makanan. Oleh sebab Kedah merupakan pengeluar padi Semenanjung Tanah Melayu atas pandangan dari Majalah Semangat Asia, Japan  Military Administration (JMA) ingin menjadikan Kedah sebagai pembekal beras bagi kegunaan tenteranya dengan membenarkan ladang getah ditebang untuk dijadikan sawah. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak berhasil dan pengeluaran padi terus merosot. Pihak pentadbiran Jepun telah menggalakkan pengeluaran makanan melalui kegiatan pertanian sara diri iaitu penduduk tempatan menanam makanan sendiri seperti sayur-sayuran, jagung dan ubi kayu. Kekurangan jumlah dalam bekalan makanan melalui program catuan makanan oleh pihak tersebut dan beras telah diletakkan sebagai barangan kawalan di bawah pihak pentadbiran Jepun. Bukan sahaja semua beras dikumpul, diurus oleh mereka malahan simpanan beras dikehendaki untuk diisytiharkan bagi setiap keluarga pada zaman itu. Import dan eksport beras hanya dibenarkan setelah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran Jepun.  Pada tahun 1943, Tanah Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras penduduknya. Walaupun Burma yang banyak menghasilkan beras juga dikuasai oleh Jepun tetapi import beras dari Burma tergendala akibat masalah peperangan. Hal ini disebabkan kapal-kapal yang membawa muatan beras dan bahan makanan yang lain telah dirampas oleh Jepun ketika perang di Asia Tenggara untuk menyelamatkan tenteranya dan langkah ini adalah lebih penting daripada mengimport beras. Oleh itu, beberapa langkah telah dijalankan atas arahan Jepun bagi menambahkan pengeluaran beras Tanah Melayu. Salah satu cara tersebut ialah menggalakkan penanaman padi sebanyak dua kali setahun, Benih padi yang lebih berkualiti baik daripada Taiwan telah diperkenalkan. Selain itu, tanah pertanian baru telah dibuka, namun begitu, pengeluaran beras Tanah Melayu tetap tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduknya dan penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung kepada tanaman lain seperti jagung, pisang, ubi kayu dan sebagainya.
Bekalan Beras yang diidam-idamkan oleh Penduduk Tanah Melayu Semasa Penjajahan Jepun 
Semasa di bawah pendudukan Jepun, Tanah Melayu terpisah dari bekalan daging dan ikan menjadi satu-satunya bekalan sumber protein bagi rakyat tempatan. Demi mengembangkan industri perikanan, nelayan telah diajar kaedah memancing cara Jepun dan semua hasil tangkapan akan dijual menerusi persatuan yang dilantik oleh JMA sahaja. Kolam ikan yang baru telah dibuka di kawasan pedalaman, manakala kilang telah dibuka di Pulau Pangkor untuk mengetin hasil ikan yang berlebihan. Kegiatan tersebut tidaklah begitu produktif serta disebabkan amalan orang Jepun suka pemakanan ikan mentah, kebanyakan hasil tangkapan terbaik selalunya  dijual kepada mereka.

Kebanyakan getah semenanjung Tanah Melayu ditanam di kawasan pantai barat, iaitu negeri Johor, Melaka,  Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kedah menguasai lebih daripada 87 peratus keluasan semua tanah getah di semenanjung ini. Kapasiti pengeluaran industri getah juga sukar untuk dianggarkan kerana pengeluaran getah telah dihadkan oleh syarat-syarat Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934 pada penghujung tahun 1930-an. Menerusi kajian Paul H. Kratoska (1998), antara tahun 1935 dan 1941,  purata pengeluaran getah ialah sebanyak 442,000 tan setahun manakala purata pengeluaran getah ialah sebanyak 114,466 tan setahun dan purata eksport purata ialah sebanyak 41,000 setahun antara tahun 1942 dan 1944. Getah sebagai aset penting untuk pembangunan ekonomi pasca-perang dan hanya firma-firma Jepun dibenarkan untuk mengendalikan industri getah Semenanjung Tanah Melayu semasa pendudukan. Firma-firma ini mengambil alih operasi estet-estet musuh dan menduduki kawasan seluas 1,727,575 ekar. Pada akhir Oktober 1943, Persatuan Getah Singapura telah dibubarkan dan digantikan oleh Persatuan Pengurusan Getah Melayu.(Malai Gomu Kanri Kumiai atau MGKK), yang menjadi gabungan Persatuan Pengimport Getah Jepun. Singapura sekali lagi menjadi tapak ibu pejabat dan bertanggungjawab untuk operasi di Johor, Singapura dan Riau. Sebuah  pejabat cawangan di Kuala Lumpur bertanggungjawab ke atas Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang, dan cawangan di Taiping mengendalikan Pulau Pinang, Wilayah Wellesley dan Perak mengikut ulasan Yoshimura Mako.


Di samping itu, pihak British telah memusnahkan jentera, rumah asap, membekukan tangki dan peralatan lain sebelum berundur tetapi sebenarnya penghalang terbesar kepada pengeluaran getah semasa pendudukan Jepun adalah kekurangan asid untuk memproses susu getah mentah.

Dari aspek ekonomi pula Jepun turut memperkenalkan sistem ekonomi kawalan untuk menggantikan sistem ekonomi usahaniaga bebas (Abu Talib Ahmad, 1991).Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu mengalami inflasi kerana pengedaran wang kertas secara tidak terkawal dan kekurangan barang pengguna terutamanya makanan.  Pada tahun 1945, pengedaran wang kertas di Tanah Melayu mencecah  $4000 juta sedangkan sebelum pendudukan Jepun pengedaran wang kertas hanya $200 juta. Kemusnahan sistem perhubungan dan lain-lain infrastruktur yang tidak dibaiki oleh Jepun telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi Tanah Melayu. Walapun usaha terhadap beberapa industri kilang kasut dan tayar dijalankan oleh Jepun tetapi tidak mencapai kejayaan yang diingini.

Wang Pisang yang Digunakan oleh Penduduk Tanah Melayu Semasa Penjajahan British
Di samping itu, perlombongan bijih timah juga dikendalikan oleh kumpulan Zaibatsu semasa pendudukan Jepun ialah Mitsui Kosan, Toyo Kosan, Nippon Kogyo dan Junan Sakin (Mohamad Isa Othman, 1992) di Semenanjung Tanah Melayu. Terdapat banyak negeri di Tanah Melayu mengusahakan kegiatan tersebut terutamaanya Perak dan Selangor kerana telah menyumbang lebih daripada 90 peratus keluaran bijih timah secara keseluruhannya. Kawasan pengeluaran utama ialah Larut di Perak, daerah Ulu Selangor dan kawasan Ampang berhampiran Kuala Lumpur di Selangor. Sebanyak 860 lombong di kawasan tersebut mempunyai jentera dan 73 lombong dilengkapi dengan kapal korek. Kapal korek ini telah dikendalikan dalam operasi lombong milik orang Eropah dan menyumbang antara setengah dan dua pertiga daripada jumlah output. Anggaran seramai 100,000 orang buruh telah diambil untuk bekerja dalam sector perlombongan timah, dan memperoleh pendapatan mereka dengan mengangkut dan meleburkan bijih atau menyediakan perkhidmatan yang berkaitan.

Menjelang akhir tahun 1942, krisis penghabian stok pelincir yang dipegang oleh industri perlombongan telah berlaku. Rentetan itu, Ketua Inspektor Lombong di Selangor melaporkan bahawa bekalan ganti mesti didapati supaya meneruskan operasi kapal korek. Bagi menangani masalah ini, Jabatan Pertanian bercadang membuat gris di kilang sabunnya, tetapi menjelang bulan Januari 1943, keluaran output hanya sebanyak 5 tan setiap bulan dan kualiti yang dihasilkan tidak memuaskan. Kekangan ini sama seperti yang dialami dalam sektor getah iaitu pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu melebihi keperluan Jepun dan hanya memerlukan kira-kira 12,000 tan setahun. Pada tahun 1940, pengeluaran ini sebanyak 83,000 tan dan Jepun juga mempunyai akses kepada bijih timah dari Siam dan Indochina. Sepanjang pendudukan Jepun, pengeluaran bijih timah Semenanjung Tanah Melayu kekal menurun dari pengeluaran 79,000 tan pada tahun 1941 kepada 16,000 tan pada tahun 1942 dan seterusnya kepada 3,000 tan pada tahun 1945 atas penerangan Mehmet Sami Denker (1990). Oleh sebab pengeluaran bijih timah jatuh semasa pendudukan Jepun, peralatan perlombongan yang terbiar telah dipindahkan ke industri lain atau mengubahnya untuk digunakan dalam pembinaan kapal. Pengeksportan bijih timah sebanyak 800,000 tan timah telah melebihi bekalan yang diimport oleh Jepun yakni 50000 hingga 60000 tan. Hal ini telah mewujudkan lebihan penawaran dan kejatuhan harga yang membawa kepada penutupan kawasan perlombongan timah.
Kawasan Perlombongan Bijih Timah
Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 akibat peristiwa pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki. Penjajahan Jepun yang kejam turut memungkir janji dan semua propaganda mereka mengenai Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya yang bersifat anti penjajahan Barat. Kesedaran tentang kuasa penjajah tidak akan memajukan Tanah Melayu telah menyemarakkan semangat cinta akan negara supaya bersatu padu untuk mempertahankan keamanan negara kita dan jauhi negara daripada penjajahan kuasa asing semula.