Tuesday 1 September 2015

Rancangan Pemulihan Ekonomi Selepas Perang

Rancangan Pemulihan Ekonomi Selepas Perang

Rancangan pemulihan ekonomi selepas perang merupakan tempoh pelaksanaan program pembangunan Kerajaan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Pelaksanaan pemulihan ekonomi ini bermula secara rasminya dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 hingga 1960 dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. 

Peta Negara Malaysia

Apabila penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini mulai dilaksanakan dengan Rancangan Malaysia Pertama pada tahun 1966 hingga tahun 1970. Antara perbezaan ialah perancangan ini adalah untuk membangunkan negeri-negeri Sabah dan Sarawak selain daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia yang bergiat berkembang sebelumnya. Eksport Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dijangka berkembang pada kadar 8.5 peratus setahun.
Migrasi Beramai-ramai Buruh Cina dari Negara China
Menurut P. Sivarajan PhD dalam buku "Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga 1970", selapas Perang Dunia Kedua, sektor perlombongan, pertanian, perladangan, perusahaan dan perindustrian telah berkembang pesat. Oleh itu, hasil pengeluaran pun telah ditingkatkan. Punca perkembangan sektor-sektor tersebut ialah pertambahan penduduk selepas perang ini dan peningkatan taraf hidup penduduk tempatan. Jadi, polisi kerajaan yang menggalakkan penyertaan penduduk tempatan untuk bekerja dalam sektor yang memerlukan banyak tenagaa buruh telah dilaksanakan. Buruh-buruh dari negara Cina dan India telah diimport untuk bekeja dalam sektor yang ditentukan oleh para pelabur.


Perladangan Getah
Selain itu, sektor pertanian dan perladangan masih menjadi perindustrian yang terpenting di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Industri pemprosesan bahan mentah pertanian telah diberi perhatian utama memandangkan peningkatan yang tinggi dalam pengeksportan dan membawa pendapatan yang tinggi untuk pihak kerajaan. Sumbangan yang agak besar oleh perladangan getah dalam menjayakan rancangan pemulihan ekonomi.

Pengeluaran Kelapa

Penanaman kelapa telah diusahakan dalam bentuk perladangan menyebabkan pengeluaran kelapa telah meningkat selari dengan perkembangan perladangan getah. Industri pemprosesan kelapa telah menjadi industri yang terpenting  selepas industri pemprosesan getah.

Bidang Automobil
Perindustrian berasaskan kejuruteraan juga telah berkembang pesat selepas Perang Dunia Kedua. Kebanyakan industri tersebut telah ditubuhkan di Singapura, Perak, dan Kuala Lumpur. Industri berasaskan kejuruteraan telah memberi tumpuan kepada pengeluaran bahan besi, pembinaan bot dan kapal kecil dan juga pengeluaran barangan logam.

Selain itu, perindustrian automobil telah banyak memesatkan perindustrian berasakan kejuruteraan dengan membekalkan barangan komponen untuk keggunaan automobil terletak di Singapura.

1 comment: