Tuesday 1 September 2015

Perancangan Pembangunan : Rancangan Malaysia Lima Tahun, Rangka Ekonomi Makro, dan Peruntukan Kerajaan Persekutuan

Perancangan Pembangunan : Rancangan Malaysia Lima Tahun

Rancangan Malaysia Lima Tahun berhasil daripada  Pelan Jangka Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan kerajaan, menetapkan sasaran perkembangan makro-ekonomi dan saiz serta peruntukan yang disediakan untuk program pembangunan sektor awam bagi tempoh lima tahun sesuatu rancangan di negara kita. Pelaksanaan ini juga berperanan penting bagi memjukan sektor swasta.

Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Rangka Ekonomi Makro

Rangka Ekonomi Makro mengandungi struktur ekonomi pada tiap-tiap tahun dan purata pertumbuhan bagi tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun sebelumnya serta Rancangan Malaysia Lima Tahun semasa. Selain itu, unjuran kadar pertumbuhan, kapasiti Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), unjuran Keluaran Negara Kasar (KNK) dan unjuran hasil Kerajaan Persekutuan dan sektor awam  juga dirangkumi dalam rancangan ekonomi lima tahun tersebut.

Peruntukan Kerajaan Persekutuan

Peruntukan Kerajaan Persekutuan adalah persediaan tentang perbelanjaan untuk sesuatu program, projek dan aktiviti yang dilaksanakan demi mencapai matlamat dasar dan strategi Kerajaan Persekutuan dengan sempurna dan berjaya. Peruntukan Kerajaan terbahagi kepada peruntukan pembangunan dan peruntukan mengurus. Peruntukan Pembangunan ialah bajet yang diluluskan bagi melaksanakan projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun. Peruntukan pembangunan adalah perbelanjaan modal dan perbelanjaan tidak terulang dan bukan perbelanjaan penggunaan sebaliknya lebih bersifat pelaburan.  Oleh itu, ia hanya melibatkan modal atau peruntukan yang besar, memberikan faedah jangka masa panjang serta memerlukan penyeliaan dan penyelenggaraan seperti membina jalan raya, sekolah, pejabat, hospital, klinik dan balai polis kepada rakyat Malaysia. Peruntukan mengurus pula dikaithubung dengan perbelanjaan bagi aktiviti yang berulangan dan berterusan dan terdiri daripada dua komponen iaitu perbelanjaan tanggungan merupakan perbelanjaan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan melalui Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tertentu yang dimeteraikan dalam Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan.

Kawasan Kerajaan Persekutuan yang Maju
Selain itu, perbelanjaan bekalan diklasifikasikan sebagai perbelanjaan bagi mengurus aktiviti pihak kerajaan yang berterusan dan perlu dibentang untuk kelulusan Parlimen sebagai satu Akta Bekalan bagi setiap tahun belanjawan. Contoh: Emolumen kakitangan Kerajaan, sewaan pejabat serta pembelian aset dan bahan api. Pendekatan perancangan pembangunan bersepadu berasaskan pulangan (outcome) merupakan kaedah perancangan sistematik yang memberi tumpuan kepada pencapaian outcome bagi memenuhi keperluan kumpulan sasaran tertentu. Pendekatan ini mengintegrasi perancangan pembangunan secara sistematik dengan keperluan sumber (bajet dan personel) dan disokong oleh pemantauan dan penilaian melalui sistem pengurusan maklumat. Kaedah ini akan memastikan keseluruhan rancangan pembangunan dan peruntukan yang disediakan mempunyai pertalian langsung dengan pencapaian. Perancangan pembangunan bersepadu lebih bermatlamat untuk  mengintegrasi perancangan pembangunan dengan penyediaan bajet bersepadu dan disokong oleh pemantauan dan penilaian yang berterusan serta menjadi kaedah perancangan sistematik yang memberi tumpuan kepada pencapaian outcome bagi memenuhi keperluan kumpulan sasaran tertentu.

Graph Jangkaan Ekonomi Negara Pada Tahun 2020
Walau bagaimanapun,tempoh rancangan pembangunan selama lima tahun ini telah membawa beberapa masalah kepada perancangan dan pelaksanaan projek. Antaranya ialah kemungkinan berlaku ketidakmampuan pembiayaan berbanding dengan keupayaan kewangan , ketiadaan ruang untuk menyusun semula siling peruntukan untuk mengambil kira keutamaan baru atau program yang telah dipraktikkan tidak begitu relevan. Bagi menangani masalah tersebut, peruntukan untuk program dan projek sektor awam di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dibuat pada setiap 2 tahun dan siling peruntukan akan dikaji semula setiap tahun.

No comments:

Post a Comment