Monday 7 September 2015

Rancangan Malaysia Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaysia Pertama (1971 - 1975)

Rancangan Malaysia Pertama (1956-1960)

Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi selama lima tahun (1966–1970). Rancangan ini telah membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Mengikut hasil penulisan Saimin Ginsari (2009), tumpuan telah banyak meberi kepada sektor pertanian dan pembangunan luar Bandar. Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk memperkaiki sosio ekonomi penduduk luar bandar. Sejumlah RM450 juta diperuntukkan dengan 25% daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan pertanian.

Logo FELDA
Program Transformasi Kerajaan untuk Memajukan Negara Kita
Agensi seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk luar bandar, telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di Pahang,  Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara.  Projek-projek ini berjaya meningkatkan taraf hidup para petani serta menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.

Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayan di Sabah.

Namun begitu, RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah. Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk meningkatkan pendapatan keluarga luar bandar. Di Semenanjung Malaysia, 90% isi rumah hanya mendapat kurang dari RM100 sebulan dan mereka kebanyakannya berada di luar bandar dan berbangsa Melayu.

Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum dan tercetus peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana perasaan tidak puas hati orang Melayu kerana masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975)

Hasrat Kerajaan untuk Membangunkan Negara Kita Melalui Rancangan Pembangunan Negara dan Pencapaian Diutamakan.
Oleh sebab menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, pihak kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam Rancangan Pembangunan Negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar yang telah dilancarkan oleh kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) bertujuan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, wilayah dan kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia.

Beberapa kejayaan telah dicapai di bawah rancangan penyusunan semula masyarakat. Satu daripadanya ialah pendapatan purata kaum Bumiputera telah meningkat daripada RM172 sebulan dalam tahun 1970 kepada RM614 sebulan dalam tahun 1987. Pendapatan ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan kaum-kaum lain.

Kadar kemiskinan juga telah menurun bagi semua kaum dalam tahun 1987 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Di Semenanjung Malaysia, misalnya kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.3 peratus dalam tahun 1970 kepada 17.3 peratus dalam tahun 1987. Dari aspek pembangunan bandar dan penyusunan semula, jumlah penduduk Bumiputera di bandar-bandar telah meningkat. Misalnya, komposisi penduduk Bumiputera di bandar di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 41.3 peratus dalam tahun 1985 kepada 44 peratus dalam tahun 1988. RMK-2 juga dilaksanakan bagi memperbaikkan RMK 1 yang sebelumnya.

No comments:

Post a Comment